MENU

PEMAKLUMAN DAN PENAFIAN OLEH PIHAK MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI BERKAITAN TUNTUNTAN BANTUAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Pihak MDKT mengesan terdapat individu yang telah menyalahguna(scammer) profil Yang Dipertua MDKT 
dan adalah dimaklumkan pentadbiran ini menafikan terlibat sebagaimana tuntutan yang dibuat oleh individu tersebut. Pihak MDKT juga tidak ada meminta dan memohon peruntukan secara peribadi bagi perkara-perkara yang dimaksudkan sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak scammer tersebut. Selain itu juga, pihak MDKT dan pegawai berkenaan tiada apa - apa kaitan dengan sykt dan no telefon yang tertera.

Pihak Majlis MDKT memohon supaya bantuan banjir dan perkara berkaitannya dapat disalurkan kepada pihak Jk Bencana Daerah Kota Tinggi dan Jbtn Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi atau Jabatan Kebajikan Negeri Johor.

Sekian, bg makluman dan tindakan serta perhatian kepada mana-mana pihak yang berkenaan.

Unit Perhubungan Awam & Korporat 
Majlis Daerah Kota Tinggi
17 Disember 2019