MENU

Laut dan Kapal Layar

  • Daerah pelancongan yang indah terutamanya kawasan pesisiran pantai.

Bunga Tapak Kuda

  • Merupakan bunga rasmi bagi Majlis Daerah Kota Tinggi. Lima kelopak bunganya menggambarkan 5 kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi iaitu Bandar Kota Tinggi, Sungai Rengit, Telok Sengat, Pasir Gogok dan Sedili Besar.

Bulan Sabit dan Bintang

  • Merupakan mercu tanda Agama Islam sebagai agama rasmi dan Bendera Negeri Johor.

Bangunan Kota Yang Berbentuk "KT"

  • KT' merupakan singkatan perkataan bagi Kota Tinggi.
  • Bangunannya melambangkan keteguhan Daerah Kota Tinggi yang kian membangun dan merupakan
    kota yang kaya dengan tempat bersejarah, pelancongan serta rakyat yang berbudaya.

Dua Belah Tangan

  • Melambangkan semangat perpaduan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama di samping hidup dalam suasana yang penuh kemasyarakatan dan kemesraan di kalangan masyarakat.