MENU

Jadual Kedua

Bil Kawasan Bayaran Letak Teksi yang ditetapkan Masa-masa dikawal
1. Perhentian Kereta Sewa KotaTinggi RM 20.00 sebulan bagi sebuah teksi atau 0.50 sen untuk masuk bagi teksi sewa dalam dan luar bandar Kota Tinggi. 6.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
2. Perhentian Kereta Sewa Sungai Rengit RM 12.00 sebulan bagi sebuah teksi atau 0.50 sen untuk masuk bagi teksi sewa dalam dan luar bandar Kota Tinggi. 6.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.

Jadual Ketiga

Bil Kawasan Bayaran Letak Teksi yang ditetapkan Masa-masa dikawal
1. Perhentian Bas KotaTinggi RM 115.00 sebulan bagi sebuah bas atau RM1.00 untuk masuk bagi bas mencari sewa dalam dan luar bandar Kota Tinggi. 6.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
2. Perhentian Bas Express Sanggar Kota RM 58.00 sebulan bagi sebuah bas atau RM1.00 untuk masuk bagi bas mencari sewa dalam dan luar bandar Kota Tinggi. 6.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.

 

F.2. Bayaran Pas Letak Kereta Bulanan/Pas Letak Kereta Bermusim

Kadar yang dikenakan ini dibawah S 18 & S 19 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Perintah Lalulintas jalan (Majlis Daerah Kota Tinggi).

1. Pas Letak Kereta Bulanan : Bayaran yang dikenakan tidak melebihi RM 75.00 sebulan.
2. Petak Letak Kereta Bermusim : Bayaran yang dikenakan tidak melebihi RM 100.00 sebulan.

Peringatan - Bayaran letak kereta dikenakan diantara pukul 8.00 pagi hingga pukul 6.00 petang pada setiap hari kecuali Hari Jumaat dan Kelepasan Am.

 

F.3 Caj Kegagalan Menyediakan Petak Tempat Letak Kereta

Mana-mana cadangan pembangunan untuk tujuan perumahan berkepadatan tinggi, perdagangan atau lain-lain untuk tujuan komersial yang gagal menyediakan Tempat Letak Kereta sebagaimana kehendak Rancangan Tempatan Bandar Kota Tinggi hendaklah dikenakan caj atas sebab kegagalan menyediakan petak tempat letak kereta dan membayar kepada Pihak Majlis Daerah Kota Tinggi caj sebanyak (Tiga Ribu Ringgit) bagi setiap Petak Letak Kereta yang gagal disediakan di kawasan Bandar Kota Tinggi dan caj sebanyak (Satu Ribu Ringgit) di kawasan cawangan Pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi.