Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

Pendahuluan

Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Kota Tinggi adalah bahagian yang bertanggungjawab untuk membuat penilaian ke atas pegangan berkadar di dalam kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi sebagaimana dibenarkan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976. Disamping itu bahagian ini juga menilai harta Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri bagi maksud Caruman Bantu Kadar, menjalankan aktiviti proses pindahmilik Borang I dan J serta mengemaskini maklumat komputer Cukai Harta. Manakala Bahagian Pengurusan Harta lebih mengutamakan pengurusan harta-harta Majlis Daerah Kota Tinggi dari segi sewa gerai, pasar, dewan, khemah, padang, kaunter, platform dan pelbagai lagi.

Objektif

  1. Membuat penilaian ke atas pegangan berkadar di dalam kawasan Pentadbiran Majlis bagi maksud cukai harta dan caruman 2) membantu kadar sebagai sumbangan utama hasil cukai Majlis Daerah Kota Tinggi.
  2. Mengurus harta-harta Majlis bagi maksud sewaan dan pelaburan sebagai hasil bukan cukai Majlis Daerah Kota Tinggi.
  3. Mengurus harta dan iventori pejabat ( Taging dan Label )
  4. Menyelaras, mengawal dan memantau proses permohonan Pelan Bangunan Baru dan Sijil Kelayakkan Menduduki Bangunan dalam kawasan Pentadbiran Majlis sebagai merangsang kepada pembangunan Daerah Kota Tinggi.

Fungsi Bahagian Pengurusan Harta

  1. Mengurus harta-harta Majlis dari segi pengurusan sewa gerai, dewan, khemah, padang terutamanya tuntutan dan terimaan sewa, pengiklanan kekosongan gerai, temuduga gerai, pemantauan tunggakan sewa, tuntutan bil elektrik / air dan sebagainya.
  2. Menjaga keselamatan bangunan Majlis.
  3. Mengawal harta Majlis di dalam stor.
  4. Mengurus harta dan inventori pejabat ( Taging dan Label )

Fungsi Bahagian Penilaian

  1. Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas setiap Pegangan Berkadar bagi harga baru dan Pindaan Senarai Nilaian Seksyen 144 AKTA 171 bagi maksud cukai harta berasaskan kepada Nilai Tambah di dalam kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi.
  2. Menjalankan kerja-kerja penilaian semula dan menyediakan Senarai Nilaian di bawah Seksyen 137 AKTA 171 yang perlu dibuat 5 tahun sekali bagi tempoh yang dilanjutkan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Tempatan.
  3. Memproses permohonan remisi untuk bangunan yang tidak diduduki mengikut peruntukan Seksyen 162 AKTA 171.
  4. Memproses pindahmilik harta pegangan berkadar di dalam kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi sebagaimana peruntukan Seksyen 160 AKTA 171.

Aktiviti

Aktiviti bahagian ini selaras dengan Pengurusan Cukai Taksiran ( MS ISO 9002:1994 ) di mana terdapat 6 Prosedur Kualiti iaitu:-

  1. Penilaian semula ke atas Pengangan Berkadar.
  2. Pindaan ke atas nilai tambah
  3. Pengendalian bantahan terhadap nilaian
  4. Kutipan Cukai Taksiran Harta
  5. Tuntutan Tunggakan Cukai Taksiran
  6. Pengemaskini maklumat pengangan kerana pindahmilik

Halaman: 1  2