prosedur permohonan prosedur permohonan

i) PERMOHONAN MEMASANG SEPANDUK / BANNER / BANTING

  •  Penuhkan Borang Permohonan Memasang Sepanduk / Banner / Banting
  •  Lokasi Sepanduk / Banner / Banting yang hendak dipamerkan dan kadar sewa tapak

BIL
LOKASI
KADAR SEWA (RM)
1
 Alamat Premis Perniagaan
-
2  Jalan Abd. Aziz 30.00
3  Jalan Niaga 30.00
4  Sanggar Kota 15.00
5
 Sungai Rengit
30.00

Syarat Permohonan Sepanduk / Banner / Banting:-

  • Sila lampirkan satu (1) keping lukisan atau lakaran contoh sepanduk / banner / banting
  • Sila lampirkan sesalinan bayaran Wang Amanah (jika ada)
  • Mengemukakan resit bayaran daripada TNB bagi permohonan banner / banting
  • Sila lampirkan sesalinan Surat Kebenaran daripada KPDN bagi tujuan promosi jualan murah



ii) PERMOHONAN LESEN PAPAN IKLAN / PAPAN TANDA / TANDA LANGIT

  • Dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan:-
  1. Gambar atau contoh Iklan / Papan Tanda / Papan Langit (no. Pendaftaran syarikat dan no. Akaun MDKT mesti dipamerkan)
  2. 1 salinan lesen pendaftaran perniagaan
  3. 1 salinan lesen perniagaan (MDKT), jika ada
  4. 1 salinan pelan tapak (bagi permohonan tanda langit)
  5. Menjelaskan bayaran proses permohonan (RM 10.00)
  • Pihak Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap

 

iii) PERMOHONAN LESEN TRED PERNIAGAAN, PERNIAGAAN DAN INDUSTRI

  •  Dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan
  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Sekeping gambar berukuran passport
  3. 1 salinan pendaftaran perniagaan Borang (A) & (D) bagi perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
  4. 1 Naskah "Memorandum & Articless Association" terbaru bagi syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat
  5. 2 salinan hak milik tanah (Jika berkaitan)
  6. JIKA PREMIS MILIK PEMOHON (1 salinan perjanjian jual beli, 1 salinan bil cukai harta terkini- yang telah dijelaskan & dokumen-dokumen lain yang membuktikan premis perniagaan adalah milik pemohon)
  7. JIKA PREMIS BUKAN MILIK PEMOHON ( 1 salinan perjanjian sewa kedai)
  8. Surat sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Kota Tinggi.
  9. Menjelaskan bayaran proses permohonan (RM 10.00)

 

  • Pihak Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap