RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)
Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah satu rancangan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan pelaksanaan segera. Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali yang disediakan dalam bentuk Pelan Susunatur dan disokong dengan spesifikasi Pembangunan Terperinci serta Jadual Tindakan Pembangunan.
TUJUAN PENYEDIAAN RKK SEDILI, KOTA TINGGI, JOHOR
- Mengenal pasti potensi yang perlu dieksploitasi dalam membangunkan Sedili ke arah wawasan dan hala tuju pembangunan yang dirancang;
- Mengenal pasti isu dan masalah utama bagi merangka strategi-strategi yang bersesuaian untuk mengatasinya; dan
- Menyediakan pelan tindakan khas yang mengandungi cadangan-cadangan terperinci dalam mencorak dan memandu pembangunan fizikal serta ekonomi seiring dengan kepadatan sumber.
Bil | Pautan |
1 | Semakan Draf Rancangan Kawasan Khas Sedili Kota Tinggi |
2 | Ringkasan Eksekutif RKK Sedili |
3 | Risalah RKK sedili |
4 | Borang Maklum balas Draf Rancangan Kawasan Khas Sedili Kota Tinggi |