MENU

30 JUN 2024, AHAD | MDKT: Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) diadakan di Astaka Budaya Kota Tinggi telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Agensi-agensi, Pimpinan Komuniti Setempat dan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan iaitu pertandingan sukan air seperti bot laju dan kayak. Turut diadakan pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak dari KEMAS Kota Tinggi. Seterusnya, persembahan air telah dijalankan oleh “Iskandar Puteri Volunteer” serta ceramah disampaikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Program yang dianjurkan ini merupakan kerjasama pihak KPKT dalam memupuk kerjasama dikalangan masyarakat dalam menjaga kebersihan dan meningkatkan integrasi sosial dalam kalangan komuniti bagi mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera.