MENU

26 JUN 2024, RABU | MDKT : Telah berlangsungnya sesi Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas antara YBrs. Tuan Haji Rosleli bin Jahari, Mantan Pengerusi Yayasan Makmur kepada YBhg. Dato’ Sri Dr Adham bin Baba, Pengerusi Yayasan Makmur yang baru. Sesi Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas ini telah pun disaksikan oleh YBhg. En Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua, MDKT serta En Hashim bin Mohammad, Ketua Whip, MDKT.

Setelah itu, majlis telah diteruskan lagi dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kota Tinggi Bandar Bersih dan Rendah Karbon di antara Majlis Daerah Kota Tinggi dan Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi serta Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kota Tinggi. Turut hadir bersama menjayakan majlis ialah Ir. Ts. Tuan Mazman bin Mohamad, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi dan Tuan Mohd Najid bin Mohamed, Penolong Jurutera, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kota Tinggi wakil Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kota Tinggi.

Diharapkan dengan termeterainya perjanjian persefahaman ini dapat memantapkan lagi perkhidmatan kebersihan persekitaran di kawasan pentadbiran MDKT serta menjalinkan hubungan dan kerjasaman yang baik dalam melaksanakan peranan masing-masing, selaras dengan matlamat utama untuk menjadikan Kota Tinggi Bandar Bersih dan Rendah Karbon.