MENU

Rata-rata kesedaran terhadap implikasi pembuangan sampah sesuka hati masih lagi belum sampai di kebanyakan individu sekitar Kota Tinggi. Hari ini, Ahad, 10 Disember 2023, pihak MDKT bersama-sama Pn Faridah bt Husin, Ahli Majlis kawasan Taman Sri Saujana, penduduk setempat, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dan Swcorp Kota Tinggi telah bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan Taman Sri Saujana bagi menghapuskan punca-punca pembiakan nyamuk Aedes. Pembersihan sampah hanyut di kawasan pantai turut dijalankan oleh pihak SWM Environment dan Safwa di Pantai Tg Sedili, Kota Tinggi.

Kebersihan Bandar dan kawasan Kota Tinggi adalah tanggungjawab kita bersama. Buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes! Terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program Johor Bersih kali ini.