MENU

Lawatan kerja Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari ini telah disambut oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi bersama-sama Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi. Turut hadir sama ialah Yang Berhormat Tuan Muszaide bin Makmor ADUN Sedili, Tuan Haji Nasaruddin bin Haji Ahmad, Ketua Whip, En Hashim bin Muhammad, Ahli Majlis Zon Sedili, Ahli -Ahli Majlis, MDKT dan Ketua-ketua Jabatan MDKT.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk memberi pemakluman kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan pihak KPKT berkaitan status pelaksanaan projek-projek semasa dan projek-projek yang akan dijalankan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi.

Yang Berhormat Timbalan Menteri juga dibawa ke sesi lawatan tapak projek kemudahan awam di Tanjung Sedili, Pantai Teluk Mahkota serta Sedili Besar bagi melihat keadaan semasa pembangunan serta perancangan akan datang di kawasan berkenaan.