MENU

YBhg Dato’ Sri Dr Adham Baba, Ketua Bahagian UMNO Tenggara dan Cik Intan Maisarah Binti Razali, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Promosi dan Industri Lanskap, Jabatan Lanskap Negara turut hadir ke Program Rakan Taman 2023 yang diadakan di Taman Melati 3. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Syed Muhammad Khalil bin Syed Ahmad, Setiausaha MDKT.

Telah diadakan persembahan pembukaan seni silat dari Persatuan Silat Seni Gayung Gelanggang Terakoi Putih.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama komuniti setempat seperti gotong-royong , menanam pokok , penyerahan peralatan pertanian kepada Ahli Persatuan Kebun Komuniti Taman Melati.