MENU

Program #HYGIENE FOR ALL merupakan program anjuran pelajar FST3601 – Kebersihan dan Sanitasi Makanan, Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian kohort 2021/2022, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar FSTM, UPM dan Majlis Daerah Kota Tinggi.

Tuan Syed Muhammad Khalil bin Syed Ahmad, Setiausaha MDKT telah merasmikan program #HYGIENE FOR ALL ini. Turut hadir bersama-sama memeriahkan program barisan Ahli-ahli Majlis MDKT serta para pelajar.

Program ini bertujuan untuk memberi pengajaran dan pembelajaran kepada komuniti Kota Tinggi, Johor dan berkongsi ilmu untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan kebersihan dan sanitasi makanan dalam mengendalikan, penyimpanan, pemprosesan, dan permasalahan setempat.