MENU

MDKT telah menganjurkan Kursus Asas Kemahiran Fotografi yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 26 November 2023 - 28 November 2023. Antara agensi yang turut serta adalah Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pejabat Tanah Kota Tinggi dan Majlis Perbandaran Pengerang. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kursus kali ini.

Yang Berbahagia En Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua MDKT bersama-sama Tuan Syed Muhammad Khalil bin Syed Ahmad, Setiausaha MDKT turut memantau dan melihat hasil akhir para peserta pada hari akhir kursus ini dijalankan.

En Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, YDP MDKT, dalam ucapan beliau pada Majlis Penutup Kursus Asas Kemahiran Fotografi telah merakamkan jutaan terima kasih buat penceramah jemputan iaitu En Redzuan Hj Md Salleh selaku Ketua Penceramah merangkap Ketua Unit Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia atas ilmu, penerangan dan kemahiran yang telah disampaikan sepanjang kursus ini dijalankan.