MENU

Syarat Penyewaan / Tempahan Gerai / Harta Milik Majlis Daerah Kota Tinggi

1. Pemohon hendaklah berusia 18 tahun dan keatas.

2. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.

3. Pemohon yang bermastautin dalam Daerah Kota Tinggi adalah diberi keutamaan

4. Pihak MDKT berhak untuk menolak permohonan sekiranya pemohon memberi keterangan palsu.

5. Calon penyewa dari Penjawat Awam hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Jabatan berkaitan untuk menjalankan perniagaan.

Iklan Tawaran Penyewaan Gerai / Harta Milik Majlis Daerah Kota Tinggi
   

     >>>  iklan_pasaraya_mdkt_18.1.20241.pdf

     >>>  iklan _gerai_mdkt_18.1.20241.pdf

     >>> PDF icon Iklan Gerai (Tarikh tutup 28 Ogos 2024)

Permohonan / Tempahan Penyewaan Gerai / Harta Milik Majlis Daerah Kota Tinggi

1. Mendapatkan borang permohonan / tempahan dan membuat permohonan / tempahan di
     1.1 Kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi Sewaan Gerai.
     1.2 Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan bagi Sewaan / Tempahan Harta (Dewan, gelanggang,   
           padang serta peralatan.

2. Memuat turun borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke kaunter sebagaimana di atas. 

     <<<  PDF icon Borang Permohonan Sewa Gerai / Harta MDKT>>>

 

3. Borang permohonan sewaan gerai / harta atas talian https://forms.gle/DzLXi8WrCEh6VojV8.

 

Segala pertanyaan boleh dikemukakan kepada

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Majlis Daerah Kota Tinggi
Jalan Padang
81900 Kota Tinggi
Johor

di talian 07-8835700 / 019-7177000 (Whatapps)