MENU

04 Mei 2024, Sabtu | Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah menganjurkan acara Colour Splash Fun Run di Astaka Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi.

Pelepasan peserta bagi MDKT Colour Splash Fun Run 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBhg. Tuan Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi,

En Shahril Nizam bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor dan Ahli-ahli Majlis MDKT.

Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta larian serta barisan petugas yang terdiri daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Balai Bomba Kota Tinggi, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Kota Tinggi dan lain-lain pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Turut diucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Bank Muamalat, Oligo Coco dan Vico atas kerjasama dan penglibatan anda amatlah kami hargai.