MENU

19 MEI 2024, AHAD | Sekitar Program Gotong Royong Sempena Kempen Premis Makanan Bersih yang telah diadakan di Medan Selera Gerai Setara. Kempen Premis Makanan Bersih merupakan anjuran Majlis Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Objektif utama ialah bagi meningkatkan tahap kebersihan premis makanan terutama di medan selera. Medan Selera Gerai Setara telah terpilih dalam perlaksanaan kempen bagi tahun ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti gotong royong membersihkan medan selera ,mengecat, pengumpulan minyak masak terpakai dan pengumpulan sampah pukal.

Program ini diketuai oleh Encik Shah Jahan bin Muhammad, Ketua Jabatan Kesihatan dan Pelesenan, MDKT. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Muhammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua MDKT, Encik Hashim bin Muhammad, Ketua Whip MDKT. Penglibatan seramai 100 orang terdiri daripada Ahli-Ahli Majllis MDKT, peniaga medan selera Gerai Setara, warga kerja MDKT, SWCORP, SAFWA dan SWM Kota Tinggi.

Sehubungan dengan itu, pihak MDKT menyeru kepada semua pengendali makanan terutamanya peniaga premis makanan agar bersama-sama menjaga kebersihan bagi memastikan premis dalam keadaan bersih, selamat dan memberi keselesaan kepada pembeli dan pengunjung.