MENU

MDKT telah menjuarai pertandingan Panti Bird Race Johor ( PBRJ) yang telah berlangsung pada 28 April 2024. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon pada 28 April 2024 bertempat di Suaka Burung Panti dan diiringi oleh YBhg Dato’ Haji Salim bin Aman, Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor, YBhg Tuan Syed Norul Shahril Bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, YBrs. En. Vincent Chow, Presiden Malaysian Nature Society (MNS) dan YBrs Tuan Hairulazim bin Mahmud, Pengurus Besar, Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF).

MDKT telah menghantar 5 orang wakil iaitu Pn Norazizah binti Mohamed,

En Muhammad Farhan bin Mohd Yusof,

Pn Norshahidah bt Mohd Safiee,

En Nur Arif Fikhri bin Md Jepri. Pasukan MDKT telah menghabiskan cabaran dalam masa 1 jam 50 minit dengan menempuhi 10 checkpoints.

MDKT sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang!