MENU

AHAD, 28 APRIL 2024: Sesi menandatangani perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh kedua-dua pihak oleh Ybhg.Puan Hajah Zihan binti Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Ybhg. Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Encik Nor Shamsul bin Mohamed, Ketua WHIP, Majlis Perbandaran Pengerang, dan Encik Hashim bin Muhamad, Ketua WHIP Majlis Daerah Kota Tinggi serta Encik Mohd Mackeen bin Haji Mohd Shafiee, Setiausaha Majlis Perbandaran Pengerang dan Encik Muhamad Norashid bin Amir, Setiausaha Majlis Daerah Kota Tinggi.

Perjanjian tersebut yang telah dimuktamadkan adalah berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak dan diuruskan bersama oleh Unit Undang-Undang di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.

Semoga dengan kerjasama ini, hubungan baik kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan akan terus terjalin demi meningkatkan ekonomi, persekitaran dan kualiti hidup masyarakat pada masa akan datang.