MENU

29 April 2024, Isnin: Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah berjaya meraih Anugerah Standard Pelancongan Asean Peringkat Kebangsaan 'Asean Clean City Standard (2024-2026).

Yang Dipertua MDKT, Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim telah hadir bersama wakil-wakil Jabatan di MDKT bagi menerima anugerah tersebut bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Lawatan panel dari Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 23-25 Ogos 2023 telah menilai tujuh (7) kriteria dan MDKT telah berjaya mematuhi kesemua kriteria yang telah dinilai iaitu:

  • Pengurusan Alam Sekitar
  • Kebersihan
  • Pengurusan Sisa
  • Kesedaran tentang Perlindungan Alam Sekitar dan Petunjuk Garis Kebersihan
  • Ruang hijau
  • Keselamatan Kesihatan & Keselamatan dan Keselamatan Bandar
  • Infrastruktur dan Kemudahan Pelancongan

Pengiktirafan yang diterima ini membuatkan MDKT terus semangat untuk menyumbangkan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat sekaligus meningkatkan imej bandar Kota Tinggi ke arah bandar pelancongan bersejarah.