MENU

Majlis Daerah Kota Tinggi telah menerima Anugerah Bandar Mampan 2023 yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Mohd Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor kepada Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi bertempat di Sunway City Iskandar Puteri.

Selain itu, MDKT juga telah dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Pertandingan XPLORE PARK di mana pasukan dari MDKT telah berjaya menamatkan aktiviti di setiap hentian dengan jayanya. Syabas dan Tahniah diucapkan.

Penerimaan Anugerah tersebut telah disampaikan di dalam Majlis Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Johor Tahun 2023.