MENU

28 Mac 2024 | Khamis : Program Bubur Lambuk daerah Kota Tinggi telah diadakan pada hari ini, bertempat di perkarangan Masjid Bandar Daerah Kota Tinggi dengan melibatkan pelbagai agensi dan jabatan dalam daerah Kota Tinggi.

Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi bersama-sama kehadiran ketua-ketua jabatan daerah Kota Tinggi.

Majlis Daerah Kota Tinggi telah turut serta dalam program ini, diketuai oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Tuan Yang DiPertua MDKT.