MENU

01 April 2024, Isnin : Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) bersama-sama Encik Muhamad Norashid bin Amir, Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan MDKT, turun padang ke Zon 12 Taman Kota Jaya, Kota Tinggi untuk berbuka puasa dengan komuniti bertempat di Surau Taman Kota Jaya 2, Kota Tinggi.

Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada komuniti di Taman Kota Jaya 2 yang memerlukan. Para penerima telah pun menerima kotak sumbangan Southern Volunteers yang disampaikan oleh Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, diiringi oleh Tuan Haji Mesran bin Tukiman, Pengerusi Surau Taman Kota Jaya 2 merangkap Ahli Majlis Zon 12.