Apakah itu e-Pembuatan Keputusan?
E-pembuatan keputusan ialah penggunaan medium ICT untuk meningkatkan input rakyat dalam proses membuat keputusan oleh pihak Majlis Daerah Kota Tinggi.
Bagaimanakah untuk anda memberi input kepada e-Pembuatan Keputusan?
Dari masa ke semasa pihak Majlis Daerah Kota Tinggi akan mewujudkan saluran untuk rakyat memberikan input agar pihak Majlis Daerah Kota Tinggi dapat menggunakan input tersebut bagi mempertingkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.
Anda boleh menjawab kajiselidik yang akan kami jalankan dari masa ke semasa. Selain itu, anda juga boleh mengikuti kami di media sosial rasmi Facebook MDKT dan juga Twitter MDKT bagi mendapatkan maklumat terkini termasuk pengumuman aktiviti yang melibatkan e-Pembuatan Keputusan.
Apakah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di dalam proses penglibatan e-Pembuatan Keputusan?
Sila rujuk polisi e-Penyertaan di sini.
Kajian Selidik
Pihak Majlis Daerah Kota Tinggi ingin mendapatkan maklumat kajian keputusan pelanggaan MDKT sebagaimana borang di bawah. Tempoh kaji selidik sehingga 31 Disember 2016.
- 1