MENU

KENYATAAN MEDIA

PEJABAT YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

Adalah dimaklumkan sebagaimana arahan Kerajaan Negeri, pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi telah diamanahkan bagi pengambilaiihan pengurusan Air Terjun Kota Tinggi atau lebih dikenali sebagai 'Kota Tinggi Water Fall' bermula Ahad 3 Mac 2019.

Sehubungan itu pihak MDKT terpaksa melakukan *penutupan operasi KT Water Fall bagi tempoh sementara* bagi menyelesaikan proses penyerahan aset oleh pemilik sebelum ini, dan MDKT juga didalam tindakan untuk *melaksanakan penyelenggaraan asas* untuk kemudahan pengunjung di kawasan berkenaan.

Operasi KT Water Fall ini akan dibuka semula dalam tempoh terdekat setelah perkara perkara diatas diselesaikan.

Segala kesulitan dan ketidakselesaan pengunjung ke KT Water Fall adalah amat dikesali dan pentadbiran sedang berusaha bagi memastikan KT Water Fall dapat dibuka seberapa segera yang merupakan pusat rekreasi air keluarga ini.

Sekian terima kasih.

*YANG DIPERTUA*

*MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI.*

3 Mac 2019