MENU

MDKT telah menghantar seramai 9 orang wakil sempena Festival Sukan Jabatan dan Agensi peringkat Daerah Kota Tinggi yang telah berlangsung pada hari Rabu, 6 Mac 2024 di Kompleks Rakan Muda Desaru (KRAMSAU).

Pertandingan yang telah diselaraskan oleh Majlis Perbandaran Pengerang ini telah disertai oleh 8 agensi dan melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohamed Hafidz Bin Md Othman, Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pasukan MDKT yang telah menjuarai beberapa kategori sebagaimana berikut:

Naib Johan Individu lelaki:

Mohd Norman Bin Abd Rahman (MDKT)

Johan Beregu Campuran:

Mohd Shahril Bin Zainal dan Mas Idayu Binti Mohd Noh (MDKT)

Johan Beregu Veteran:

Surijan Bin Rubani dan Mohd Anasaffendi Bin Haji Mahud (MDKT)

Para pemenang juga akan mewakili Daerah Kota Tinggi ke Festival Sukan Agensi dan Jabatan Negeri Johor yang akan berlangsung pada 2 Mei 2024. Tahniah dan syabas kepada para pemenang!