MENU

Suasana gamat dengan sorakan bergema di sekitar Astaka Budaya, Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi bagi tayangan skrin gergasi sempena Perlawanan Bola Sepak Liga Super dan malam sambutan kejayaan Dominasi Sedekad JDT.

Turut hadir sama bagi menyaksikan tayangan gergasi ini ialah Puan Hajah Zihan binti Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Encik Mohd Hizwan bin Othman, Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi Merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kota Tinggi serta barisan pegawai-pegawai Majlis Daerah Kota Tinggi.

Pelbagai hadiah yang menarik diberikan sebagai cabutan bertuah buat para pengunjung yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada warga Kota Tinggi yang telah hadir memeriahkan dan memberi sokongan padu kepada pasukan JDT!