MENU

Majlis Penghargaan dan Sesi “Clock-out” Yang Dipertua MDKT, YBhg. En Mohammad Nazrul bin Abd Rahim yang akan berpindah ke jabatan baharu mulai 3 Februari 2025.

Sejak awal perkhidmatan bersama MDKT pada 15 Februari 2023 sehinggalah ke hari ini, banyak pencapaian-pencapaian yang membanggakan telah dikecapi bersama di bawah kepimpinan beliau dalam membantu meningkatkan nama organisasi MDKT ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja MDKT mengucapkan selamat maju jaya serta mendoakan agar YBhg. En Mohammad Nazrul bin Abd Rahim terus dikurniakan rahmat, kesihatan, kebahagiaan dan kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan dalam masa-masa akan datang.

Terima kasih Yang Berbahagia Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim.

Jasamu dikenang, budimu disanjung, baktimu dijunjung.

 

4 5

3 1