MENU

Perbincangan bersemuka antara PBT dan pemimpin masyarakat yang telah diadakan bersama YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi bersama Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua, Majlis Daerah Kota Tinggi serta turut hadir bersama YB Cik Norliza bt Noh, ADUN Johor Lama, YB Tuan Muszaide Makmor, ADUN Sedili, YB Tuan Hahasrin bin Hashim, wakil-wakil pemimpin masyarakat, En Hashim bin Muhammad, Ketua Whip, Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan, MDKT.

Pelbagai perkara telah dikongsikan dan akan dilaksanakan dalam memastikan Plan Rejuvenasi Bandar Kota Tinggi akan terlaksana kelak.

Fokus utama Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) adalah untuk merejuvenasikan dan menceriakan bandar Kota Tinggi, secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi dan YB ADUN untuk bersama-sama membangunkan Kota Tinggi.

Semoga segala apa yang diusahakan ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga Kota Tinggi dan meningkatkan daya tarikan pelancongan ke Daerah Kota Tinggi.