MENU

Kempen

Perlaksanaan Dan Pemantau Kerja – Kerja Pembersihan SWM

Perlaksanaan Dan Pemantau Kerja – Kerja Pembersihan SWM

Sistem kutipan sisa pepejal bermula pada 1 September 2014. Kutipan sampah di kawasan perumahan akan dijalankan sebagaimana berikut :

1. 2 kali seminggu bagi kutipan sisa pepejal, sisa makanan dan organik. 
2. 1 kali seminggu bagi kutipan bahan kitar semula, sampah pukal dan sisa kebun.

Perkhidmatan
Aspek Kerja
Jadual Perkhidmatan
Sisa Pepejal
  
 Pungutan Sisa Pepejal
-Kawasan Perumahan
-Kawasan Perdagangan/kedai
-3 kali seminggu
-Setiap hari
Pembersihan Am
Pembersihan Longkang
-Pusat Bandar
-Jalan Utama
-Jalan Biasa/Taman
-Setiap hari kecuali hari Ahad
-2 kali sebulan
-1 kali sebulan
 Memotong Rumput  -2 kali sebulan
Menyapu JALAN
-Pusat Bandar
-Jalan Utama
-Jalan Biasa/Taman
-Setiap hari kecuali hari Ahad
-2 kali sebulan
-1 kali sebulan

 

3. Semakan Jadual Operasi Kutipan dan Pembersihan Awam - PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM di capaian www.swcorp.gov.my

Kawalan Demam Denggi

1.    Apakah Itu Denggi?

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi.Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes demam denggi di serata dunia setiap tahun.

2.    Bagaimana untuk mengetahui seseorang telah dijangkiti demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi. Tanda-tanda tersebut adalah seperti :-
•    Demam panas
•    Sakit kepala
•    Sakit tulang belakang
•    Sakit sendi-sendi
•    Loya dan muntah-muntah
•    Sakit biji mata
•    Ruam

3.    Apa akan berlaku jika pesakit tidak mendapat rawatan segera?

Kemungkinan pesakit mengalami demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

4.    Tempat-tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Adalah Seperti :-

Dalam Rumah : Bekas jambangan bunga, dulang perangkap air peti sejuk, tangki air pam tandas, perangkap semut, pasu bunga, kolah air dan lain-lain bekas menyimpan air.

Luar Rumah : Tayar buruk, botol, baldi, palong hujan, pelepah pokok, gelas pecah, tempurng kelapa, kulit koko, tunggul kayudan lain-lain bekas yang boleh menakung air bersih.

5.    Bagaimana cara mencegah pembiakan nyamuk Aedes?

•    Pastikan bekas menakung air bersih dibuang dengan betul.
•   Tutup semua bekas menyimpan air bersih atau masukkan bahan-bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang betul.
•    Tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
•    Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
•    Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
•    Hapuskan nyamuk aedes dewasa dengan menggunakan racun serangga (aerosol).
•    Memberi kerjasama anggota kesihatan dengan membuka pintu rumah semasa kerja fogging dijalankan.
•    Penduduk dinasihatkan supaya memeriksa kebersihan dalam rumah dan sekitar rumah bebas dari pembiakan nyamuk aedes sekurang-kurangnya seminggu sekali. Penduduk yang mengalami demam perlu mendapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.

PASTIKAN SAMPAH-SAMPAH PUKAL SEPERTI BEKAS AIR PLASTIK, KENVES, PASU BUNGA, PECAHAN KACA, BOTOL, TAYAR BURUK DAN LAIN-LAIN TIDAK DIBUANG DI MERATA TEMPAT KERANA BOLEH MEMBIAK NYAMUK AEDES. IA ADALAH SATU KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG DAN BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN ATAU DENDA. HUBUNGI SYARIKAT PEMBERSIHAN SAMPAH SEPERTI SWM ENV. UNTUK MEMBANTU KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI KAWASAN TAMAN ATAU TEMPAT TINGGAL.

“TIADA AEDES TIADA DENGGI”