MENU

Pelancongan

 

 

 

MUZIUM KOTA TINGGI 

 

Muzium Kota Tinggi terletak 0.5 KM dari Bandar Kota Tinggi, berdekatan dengan persimpangan Jalan Mawai, Jalan ke Desaru dan Jalan Johor Bahru. Umumnya, Muzium Kota Tinggi ini mempamerkan empat fasa peristiwa mengikut urutan kronologi sejarah. Oleh itu tumpuan Muzium Kota Tinggi adalah pada sejarah Kesultanan Johor Lama, Institut Politik dan Sosioekonomi Daerah Kota Tinggi yang meliputi zaman kegemilangan Johor Lama ( 1529-1705 ) hingga ke zaman ini.

 

Alamat

JKR 1858(P), Jalan Laksamana Kota Tinggi, Johor 81900 Malaysia

 

Telefon
07-883 5749 / 07-883 1498

LAMAN LAKSAMANA

 

Laman Laksamana merupakan Laman Dalam Komuniti. Laman ini terletak berhampiran dengan Taman Kemang. Laman ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Perumahan - Datuk Baderi Dasuki.

AIR TERJUN KOTA TINGGI

 

Air Terjun Kota Tinggi terletak kira-kira 56 km dari Utara Johor Bahru dan 16 km dari Bandar Kota Tinggi. Tempat peranginan ini terdapat 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian yang dibina dilereng-lereng bukit.

KOTA JOHOR LAMA

 

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat. 

Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor. 

Baginda telah mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudianya ditambak dengan tanah dan sekarang dikenali sebagai Kota Johor Lama. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.

Paulo de Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan Kota Johor Lama lalu dibakar dan Kota Batunya dimusnahkan. Beliau telah merampas 800 pucuk meriam gangsa, emas, perak, 1,200 buah perahu besar dan kecil dan sebagainya. Menurutnya kapal yang membawa rampasan perang ini telah karam di perairan Indonesia. Sejak dari tarikh itu pusat pemerintahan di Tanjung Batu dengan Kota Batunya yang gagah tidak lagi dijadikan ibu negeri oleh sultan-sultan Johor yang berikutnya.

Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685). Pada tahun 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telah cuba membina semula Johor Lama dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana tetapi tidak tercapai kerana mangkat di Riau pada 16 Februari 1685. Kota Batu Johor Lama menjadi tempat bersemayan sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). 

Pada ketika itu pusat pemerintahan baginda terletak di Pasir Raja, Kota Tinggi (Kampung Makam sekarang). Selepas baginda mangkat Kota Johor Lama tidak digunakan lagi.

LORONG SENI

 

Lorong seni merupakan satu projek melestari lorong belakang dan terletak dikawasan Jalan Yusof, ia merupakan lorong seni yang pertama di Johor.

RAF POINT ADVENTURE

 

Jika anda sukakan aktiviti lasak atau ingin mengadakan kem motivasi khas untuk pelajar sekolah menengah dan rendah, cubalah di RAF Point Adventures yang terletak di Kota Tinggi.

Di RAF Point Adventures menyediakan pelbagai aktiviti lasak yang pastinya mencabar mental dan fizikal anda termasuk aktiviti memanah, ATV, Flying Fox dari pokok ke pokok sepanjang 560 meter, 'night walk', paintball atau jika ingin mendaki Gunung Panti.

 

Lot 9662, Rancangan Sungai Sendayan, Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor
0196121777 / 0135250604

No photo description available.