YANG DIPERTUA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat datang ke Portal Rasmi Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT). Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, saya berbesar hati menyambut kehadiran anda ke Portal Rasmi ini, yang berfungsi sebagai platform interaktif dan informatif bagi memperkukuh hubungan antara MDKT dan masyarakat Kota Tinggi. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang komited terhadap kesejahteraan serta keselesaan penduduk setempat, MDKT sentiasa berusaha menyampaikan maklumat yang telus dan tepat serta menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Kami juga bertekad untuk terus meningkatkan prestasi serta memperbanyak kandungan informasi dan maklumat yang bermanfaat dalam portal rasmi ini secara berterusan. Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik, MDKT komited untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan selaras dengan visi Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim yang bertemakan Maju Johor. Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi Majlis Daerah Kota Tinggi. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan serta pandangan yang positif, kreatif dan membina daripada tuan-tuan dan puan-puan bagi menambah baik portal rasmi ini pada masa hadapan. Sekian, Terima Kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah
KHAIRUL HAFIZ BIN MOHAMAD @ MAZLAN
|