MENU

Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Tinggi dikenali sebagai Lembaga Bandaran di mana sebahagian Pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pihak Kerajaan. Pada 01 April 1961, Lembaga Bandaran telah ditukar kepada Majlis Bandaran di mana keseluruhan pentadbiran menjadi Badan Berkanun dan Kewangan Berautonomi serta mendapat bantuan pemberian dari Kerajaan Negeri.

Pada 01 Januari 1977, Majlis Daerah Kota Tinggi melalui penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Malaysia Barat dengan menyatukan beberapa buah Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 untuk diterbitkan dalam satu Lembaga Pengurus.
 

KAWASAN PENTADBIRAN

KAWASAN KAWALAN - ( Kawasan terlibat 40 rantai di kiri / kanan jalan )

BIL KAWASAN HEKTAR (HA)
1. BANDAR KOTA TINGGI 38,590
2. ULU SUNGAI JOHOR 91,427
3. ULU SUNGAI SEDILI BESAR 50,505
4. KAMBAU 19,684
5. SEDILI BESAR 20,720
  JUMLAH BESAR 220,927

 

KAWASAN PEGANGAN

BIL KAWASAN PEGANGAN
1. BANDAR KOTA TINGGI 24,443
2. BANDAR TENGGARA 5,021
3. BANDAR PERANI 153
4. BANDAR PETRI JAYA          217
5. SEDILI BESAR 615
6. SUMBANGAN MEMBANTU KADAR 1,956 
  JUMLAH  32,405 

KEMASKINI 24 APRIL 2022 : SUMBER JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA