TELUK MAHKOTA Teluk Mahkota (Jason Bay) merupakan salah satu dari destinasi pantai menarik yang ada di Kota Tinggi. Pantai Teluk Mahkota terletak 35 kilometer dari Bandar Kota Tinggi. Pasir pantai yang putih dan halus. AktivitI lain yang boleh dilakukan di pantai ini adalah berenang, memancing, berkelah dan lain sebagainya. Antara kemudahan yang terdapat di pantai ini termasuklah tandas awam, gerai makan, surau dan tempat mandi untuk membersihkan tubuh badan selepas mandi laut. |
GUNUNG PANTI Puncak Gunung Panti setinggi 457 meter (m). Gunung ini tiada cerun, sebaliknya diliputi tanah lapang, selain ada sebuah kolam dengan airnya berwarna merah di sebelah barat gunung itu. Di sebelah timurnya pula mempunyai batu tenggek setinggi dua tingkat bangunan begitu unik seolah-olah seperti disusun. Maklumat lanjut : Jabatan Perhutanan Negeri Johor |
GUNUNG MUNTAHAK Puncak Gunung Panti setinggi 634 meter (m). Jarak trek adalah 3700 meter dengan durasi pergi balik adalah 8 jam. Maklumat lanjut : Jabatan Perhutanan Negeri Johor |
HUTAN LIPUR PANTI / TAMAN EKO RIMBA PANTI Kota Tinggi menyediakan tempat rekreasi bagi pelancong-pelancong yang cintakan kehijauan alam sekitar yang mana mereka boleh berkunjung ke Hutan Lipur Panti. Hutan ini terletak hampir 8 km dari bandar Kota Tinggi melalui jalanraya Kota Tinggi - Mersing. Hutan Lipur Panti ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Panti ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Panti yang mana ia merupakan Hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan pokok. Ia amat sesuai untuk pengunjung yang ingin beristirehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain daripada itu, pelbagai aktiviti lain turut boleh dijalankan di sini. Antaranya ialah berkelah, bersiar-siar, berkhemah, treking dan menjalankan aktiviti berbentuk pendidikan seperti mengenal spesis pokok, memerhati burung dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut : Jabatan Perhutanan Negeri Johor |
SUAKA BURUNG PANTI Terletak lebih kurang 20 km dari Bandar Kota Tinggi melalui Jalanraya Kota Tinggi - Mersing dan 61 km dari Bandar Johor Bahru. Suaka Burung Panti seluas lebih kurang 1800 hektar terletak di Hutan Simpan Panti merupakan satu habitat yang mempunyai ekosistem yang sesuai untuk pembiakan dan perumahan burung-burung endamik serta menjadi salah satu destinasi singgahan beberapa burung-burung hijrah. |
TAMAN TASEK KOTA TINGGI Taman Tasek Kota Tinggi merupakan taman riadah untuk aktiviti berjoging, refleksologi, taman permainan kanak-kanak. |
LAMAN LAKSAMANA Laman Laksamana merupakan Laman Dalam Komuniti. Laman ini terletak berhampiran dengan Taman Kemang. Laman ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Perumahan - Datuk Baderi Dasuki. |
UJANA TASIK BANDAR TENGGARA Ujana Tasik tempat reaksi yang bersesuaian sesi keluarga. Mempunyai gelanggang bermain badminton, tempat bermain skate board, taman permainan dan track untuk joging. Disamping itu, terdapat tempat untuk pengunjung membuat senaman ringkas serta refleksologi. Pada waktu petang pula terdapat pemainan buih sabun dan layang-layang. |
KOTA TINGGI FIREFLY PARK Saksikan pengalaman unik dan menarik melihat kunang-kunang secara langsung, khasnya di bawah cahaya bulan. Ribuan kunang-kunang ini membentuk suasana yang menarik dan mengasyikkan. Kota Tinggi Firefly Park |
ORCHARD GOLF AND COUNTRY RESORT KM19, Jalan Kota Tinggi / Kulai, KV 510, 81900 Kota Tinggi, Johor |