MENU
BIL PIAGAM PELANGGAN
1

Proses Pengurusan Ubah Tambah Bangunan

1.1 Memastikan 80% permohonan yang dimajukan oleh arkitek / pelukis pelan mendapat kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap.

Pelaksana : Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap

2

Proses Pengurusan Pindaan Senarai Nilaian

2.1 Memastikan kerja-kerja pindaan penilaian terhadap sebarang perubahan pegangan berkadar dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas CCC/CFO dikeluarkan bagi bangunan dan premis.

Pelaksana : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

3

Proses Pengurusan Pindahmilik

3.1 Memastikan semua permohonan pindahmilik diproses dan diluluskan dalam tempoh 3 hari bekerja dengan bertujuan untuk mengemaskini butiran pemilik pegangan terkini.

Pelaksana : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

4

Proses Permohonan Lesen Tred

4.1 Memastikan kesemua permohonan lesen perniagaan baru UUK Tred / Perniagaan / Perindustrian (MDKT) 2017 diproses dan diluluskan selewat-lewatnya dalam tempoh 90 hari bekerja.

4.2 Ulasan Jabatan Teknikal hendaklah diperolehi dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ulasan dikeluarkan.

4.3 Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan & Lesen dan Mesyuarat Penuh hendaklah mengambil tempoh tidak melebihi 30 hari bagi pertimbangan dan kelulusan lesen baru. 

Pelaksana : Jabatan Kesihatan dan Pelesenan

5

Proses Kelulusan Permohonan Cadangan Pemajuan Pusat Setempat

5.1 Memastikan semua permohonan cadangan pemajuan diproses dan diberikan keputusan berdasarkan piagam garis panduan pusat setempat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pelaksana : Unit OSC

6

Pengurusan Aduan

6.1 Menentukan semua aduan daripada pelanggan adalah direkod dan urusetia aduan akan memastikan semua aduan disampaikan kepada jabatan sekurang-kurangnya dalam tiga (3) hari dalam tempoh waktu bekerja dari waktu menerima aduan tersebut sehingga proses penyampaian aduan. 

Pelaksana : Unit Perhubungan Awam dan Korporat