MENU

Syabas dan Tahniah kepada Majlis Daerah Kota Tinggi atas pengiktirafan PBT Cemerlang bagi Kempen Basmi Tikus di Pasar Awam Kota Tinggi dalam Pertandingan Kempen Pasar Awam Bersih Peringkat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Tahun 2023 yang bertemakan Persekitaran Lestari, Negara Madani.

Majlis penganugerahan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan kepada Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Turut hadir ke majlis tersebut, Encik Shah Jahan bin Muhammad Ketua Jabatan Kesihatan Awam dan Pelesenan, Majlis Daerah Kota Tinggi.