Pelantikan sekretariat Johor Fast Lane (JFL) MDKT bertujuan untuk mengurus dan menyelaras pelaksanaan inisiatif JFL dengan lebih berkesan. Inisiatif ini diperkenalkan untuk mempercepatkan proses pembangunan dan pelaburan di kawasan pentadbiran melalui beberapa langkah strategik, termasuk:
- Penyelarasan Awal Teknikal
- Kelulusan Secara Serentak
- Kebenaran Masuk Tapak Awal
- Permohonan Lesen Awal:
- Pemasangan Mesin Awal
- Penjimatan Masa dan Kos
Dengan pelantikan sekretariat khusus, MDKT berharap dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan JFL dan memastikan komunikasi yang lebih baik antara semua pihak terlibat.