- Pendahuluan
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) adalah satu program yang bertujuan membantu kumpulan miskin dan berpendapatan rendah di bandar meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga.
Pelaksanaan PPKB adalah selari dengan hasrat Kerajaan dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) iaitu untuk mengurangkan insiden kemiskinan daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada 2.0% pada tahun 2015 dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah berpendapatan 40% terendah (dirujuk sebagai B40) daripada RM1,440 pada tahun 2009 kepada RM3,050 pada tahun 2015. Program ini juga selaras dengan Dasar Kemakmuran Bersama dan SDG 2030.
Golongan sasar adalah terdiri daripada keluarga miskin bandar yang mempunyai pendapatan (household income) kurang Pendapatan Garis kemiskinan (PGK) yang ditetapkan pada tahun semasa. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah merupakan pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) bersandarkan Laporan Survei Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIS&BA) 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). PGK digunakan sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
Negeri |
PGK 2019 (RM) |
---|---|
Malaysia |
2,208 |
Johor |
2,505 |
Kedah |
2,254 |
Kelantan |
2,139 |
Melaka |
2,375 |
Negeri Sembilan |
2,088 |
Pahang |
2,270 |
Pulau Pinang |
1,989 |
Perak |
2,077 |
Perlis |
1,967 |
Selangor |
2,022 |
Terengganu |
2,507 |
Sabah |
2,537 |
Sarawak |
2,131 |
W.P Kuala Lumpur |
2,216 |
W.P Labuan |
2,633 |
W.P Putrajaya |
2,128 |
KATEGORI |
MISKIN |
MISKIN TEGAR |
---|---|---|
ISI RUMAH |
PER KAPITA (RM) |
|
BANDAR |
758 |
317 |
LUAR BANDAR |
652 |
318 |
Kumpulan sasar PPKB adalah terdiri daripada isi rumah dari golongan B40 yang berstatus warganegara dan status kemiskinan yang telah disahkan dalam Sistem eKasih atau Mesyuarat Focus Group mengenai pembasmian kemiskinan peringkat Negeri atau Daerah atau seperti yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
PROGRAM-PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
Terdapat tiga (3) sahaja jenis program iaitu:
1. PROGRAM BAIK PULIH RUMAH DAIF DI BANDAR
Matlamat program ini ialah bagi menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.
Syarat – syarat kelayakan bagi penerima program ini ialah :
- Warganegara Malaysia.
- KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT.
- KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin.
- Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah.
- Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut.
- Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.
Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM20,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM15,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
2. PROJEK RUMAH SEJAHTERA
Matlamat program ini adalah menyediakan tempat kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.
Syarat – syarat kelayakan bagi penerima program ini ialah :
- Warganegara Malaysia.
- KIR menetap di dalam kawasan operasi PBT.
- Disahkan status kemiskinan dalam sistem eKasih kategori B40 dan ke bawah.
- Bagi yang tidak berdaftar dalam sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan peringkat Negeri atau Daerah.
- Rumah yang didiami telah rosak, usang atau daif disebabkan faktor usia dan tidak lagi selamat untuk didiami atau disebabkan faktor musibah seperti kebakaran, banjir, ribut dan tanah runtuh.
- Memiliki tanah kosong atas nama sendiri untuk dibina rumah.
- Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM40,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM50,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
- Jika tidak memiliki tanah sendiri, KIR perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan tanah / waris berkenaan untuk membina rumah atas tanah / tapak yang dikenalpasti.
3. PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB)
Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mampu mendapat pekerjaan / mengusahakan perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari belenggu kemiskinan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama Tahun 2030.
Syarat – syarat kelayakan bagi penerima program ini ialah :
- Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR) yang berdaftar dan telah disahkan status kemiskinan dalam Sistem e-Kasih.
- Julat umur penerima bantuan ini adalah antara 18 hingga 60 tahun.
- Pemohon yang melanjutkan pelajaran di IPT adalah tidak layak untuk menyertai program Latihan Yang Ditawarkan
Skop dan bidang latihan yang ditawarkan adalah sepertimana berikut :
SKOP LATIHAN
- Program Pembangunan Minda Insan
- Program Bina Upaya
- Program promosi dan Pemasaran (EXIT4U)
- Program Celik Kewangan
- Program Jana Pendapatan melalui Keusahawanan
BIDANG LATIHAN YANG DITAWARKAN
- Makanan dan Minuman
- Jahitan
- Home dobi
- Perkhidmatan Pembaikan barangan elektrik/elektronik
- Trash to cash
- Bakeri
- Salon/Spa
- Landskap
- Kimpalan
- Asuhan kanak-kanak
- Peruncitan
CARA MEMOHON
Untuk membuat permohonan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, calon hendaklah berdaftar di dalam Sistem eKasih dan telah disahkan status kemiskinan di dalam sistem tersebut.
Sistem eKasih adalah sistem yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU,JPM) merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Untuk mendaftar ke Sistem eKasih:
1. Permohonan secara atas talian di pautan Borang Permohonan Pendaftaran eKasih https://forms.gle/iEqB66H7xvLeW3zn8.
2. Muat Turun Borang <<< Muat Turun Borang Permohonan Pendaftaran eKasih >>>
Bagi mendapatkan maklumat dan penerangan, sila hubungi:-
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Majlis Daerah Kota Tinggi