Majlis Serah Terima Tugas telah berlangsung di antara Encik Mohammad Nazrul Bin Abd Rahim dan Tuan Hj Muhamad Syahrizat bin Alwee pada
31 Januari 2025 di dewan Mesyuarat, MD Kota Tinggi.
Seluruh warga MDKT mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu kepada Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, semoga terus cemerlang dalam menerajui kepimpinan di tempat baharu.
Selamat bertugas kepada Tuan Hj Muhamad Syahrizat bin Alwee, semoga terus cemerlang menerajui MDKT sebagai peneraju pembangunan dan kelestarian Kota Tinggi.