MENU

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR

  • Pendahuluan

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada bulan Jun 2006.

Matlamat PPKB adalah untuk membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan separuh kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang tahun 2010 seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RM ke-9).

Golongan sasar adalah terdiri daripada keluarga miskin bandar yang mempunyai pendapatan (household income) kurang Pendapatan Garis kemiskinan (PGK) yang ditetapkan.

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar ini adalah landasan jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) untuk turut serta melibatkan diri secara langsung dengan masyarakat dalam membantu kerajaan mencapai matlamat membasmi kemiskinan.

JPMM bertindak sebagai satu jawatankuasa yang akan mengesan golongan sasar yang layak untuk diberi bantuan-bantuan yang terdapat di dalam program ini.

 

  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bagi Kawasan Bandar
KAWASAN MISKIN MISKIN TEGAR
ISI RUMAH (RM) PER KAPITA (RM) ISI RUMAH (RM) PER KAPITA (RM)
Semenanjung 663 157 390 91
Sabah 880 174 489 96
Sarawak 777 171 482 105

 

Pendapatan isi rumah merujuk kepada jumlah pendapatn yang diperolehi oleh semua ahli isi rumah iaitu pendapatan ibu dan bapa / penjaga, anak-anak yang tinggal bersama, bantuan / sumbangan tetap dari agensi atau pihak swasta, bantuan daripada anak-anak yang bekerja atau tinggal berasingan, hasil jualan pertanian dan lain-lain pendapatan / bantuan tetap dalam sebulan. 

Pendapatan Per Kapita pula merujuk kepada pendapatan purata isi rumah dengan mengambil kira bilangan tanggungan atau ahli isi rumah. Perkiraan Per Kapita hanya akan diambil kira apabila pendapatan keluarga melebihi PGK Isi Rumah.

  • Golongan Sasar PPKB

Di Negeri Johor, golongan sasar PPKB adalah:

  1. Keluarga miskin yang mempunyai pendapatan isi rumah (household income) kurang dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan iaitu RM 663 atau pendapatan per kapita RM 157 bagi kategori miskin dan pendapatan isi rumah RM 390 atau pendapatan per kapita RM 91 bagi kategori miskin tegar.
  2. Keluarga miskin yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja.
  3. Keluarga miskin yang telah melepasi PGK yang ditetapkan bagi sesuatu tempoh masa akan dikeluarkan dari senarai golongan sasar. 
     
  • Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

 Terdapat tujuh (7) jenis program iaitu:

  1. Perumahan Keluarga Miskin
  2. Pengurangan Beban Tanggungan Keluarga
  3. Pendidikan dan Latihan
  4. Bantuan Ihsan Penduduk Miskin di Bandar
  5. Penjanaan Pendapatan Keluarga
  6. Pusat Sejahtera
  7. Pangkalan data - ( Dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan )

  •  Jenis-jenis Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar
BIL PROGRAM JENIS BANTUAN KRITERIA
1 Perumahan Keluarga Miskin Bantuan sewa rumah/bilik. • Kadar bayaran sewa rumah RM 124 atau kadar sebenar mengikut terendah.
Meliputi semua rumah kecuali rumah setinggan dan rumah sewa beli milik kerajaan. • Kadar sewa bilik RM 124 atau kadar sebenar mengikut yang terendah.
2 Pengurangan Beban Tanggunagan Keluarga Bantuan perbelanjaan / persiapan ke sekolah / Institusi Pendidikan / Kemahiran • Sekolah rendah – tunai RM 200
• Menengah – tunai RM 250
• IPTA – tunai RM 1,000 (one-off)
Bantuan kos jagaan kanak-kanak diberi kepada ibu yang bekerja buat kali pertama. • Kadar bayaran bulanan RM 200 atau kadar sebenar mengikut terendah.
Bantuan Kos pengangkutan ke sekolah. • Kadar bayaran bulanan RM 30 untuk setiap pelajar.
Bantuan Kos Pengangkutan ke tempat kerja (ibu). • Kadar bayaran RM 50 untuk ibu yang bekerja buat kali Pertama
Bayaran kos dialisis rawatan buah pinggang. • Kadar bayaran minima sebanyak RM 60 setiap sesi rawatan atau mengikut kadar yang dikenakan. 
• Termasuk kos pengangkutan maksima RM 30 setiap sesi rawatan atau kadar sebenar.
3 Pendidikan dan Latihan Latihan Kemahiran. • Kos sebenar yang ditetapkan institusi latihan / penganjur.
• Kos latihan dan elaun saraan hidup RM 150 semasa mengikuti latihan.
4 Bantuan Ihsan Diberhentikan kerja disebabkan masalah syarikat / majikan dan telah menganggur lebih 3 bulan. • Pemberian on-off maksimum RM 3,000 untuk setiap keluarga Miskin Tegar.
• Musnah tempat kediaman.
• Hilang upaya akibat kemalangan(bekerja sendiri).
• Kematian ketua keluarga.
• Musnah tempat bekerja(bekerja sendiri).
• Pemberian on-off maksimum sebanyak RM 2,000 untuk setiap keluarga miskin.
5 Penjanaan Pendapatan Keluarga Mengenal pasti peluang penjanaan pendapatan. • Mewujudkan jaringan(networking) dengan majikan, persatuan peniaga dan pekilang.
6 Pusat Sejahtera • Pemilik milik Pihak Berkuasa Tempatan di selenggara oleh PBT.
• Pusat maklumat, pendaftaran, sumber dan aktiviti PPKB
• Pemberian RM 50,000 one off

  • Cara-Cara Memohon Bantuan Program

Pembasmian Kemiskinan Bandar

1) Pemohon boleh mengemukakan permohonan menggunakan Borang Permohonan Bantuan PPKB yang diberi secara percuma dan boleh didapati di :

  • Pusat Khidmat Wakil Rakyat.
  • Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi ( Bahagian Perancang Bandar & Senitaman). Sila merujuk kepada Pegawai Perancang Bandar, J41 (En Zainuddin b. Kasri) atau Penolong Pegawai Perancang Bandar , J29 (Pn Norhafizah Yaacob).
  • Contoh borang adalah sebagaimana yang dilampirkan mengikut Pihak Berkuasa tempatan yang berkenaan.

2) Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan mendapatkan ulasan daripada Ketua Masyarakat Setempat seperti di bawah:

  • Ahli Majlis PBT
  • Pengerusi Jawatankuasa Penduduk
  • Penghulu
  • Ketua Kampung
  • Ketua Masyarakat

3) Ketua masyarakat Setempat akan menyerahkan borang permohonan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim untuk Pengesahan.

4) Pengerusi Jawatankuasa Peyelarasan Mukim-Mukim akan mengemukakan borang tersebut kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan

5) Pegawai Penyelaras akan mengambil tindakan supaya permohonan tersebut dirujuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi pertimbangan dan kelulusan

 

Program Bridging Digital Divide Program Bridging Digital Divide

Merapatkan Jurang
Digital Miskin Bandar
Pusat komuniti BDD Kota Tinggi mula dibuka kepada umum pada 14 Februari 2011 adalah projek yang berobjektif mengurangkan jurang digital antara kumpulan miskin Bandar supaya dapat bersaing dengan kumpulan-kumpulan yang berkemampuan di Bandar dan menjadi kumpulan miskin Bandar celik ICT agar dapat memanfaatkan segala peluang digital yang ada.

Dengan adanya kemudahan computer dan capaian internet, pusat komuniti di Kota Tinggi menjadi pusat sumber komuniti yang membolehkan warga Kota Tinggi mendapatkan maklumat secara ‘online’, perkhidmatan aplikasi ICT yang berkaitan dengan pendidikan, perniagaan dan kemasyarakatan, bertukar-tukar maklumat, berkongsi sumber dan sebagainya. Secara tidak langsung ianya akan dapat meningkatkan sumber ekonomi dan tahap pendidikan.

Pusat Komuniti BDD Kota Tinggi juga dilengkapi portal rasmi yang dapat menjadi forum komuniti di kotatinggi.bdd.org.my, maklumat yang boleh di kongsi adalah e-Bimbingan, e-Bantuan, e-Jiran, e-Pendidikan, e-Usahawan, e-Bank dan lain-lain lagi.

Dengan bermulanya inisiatif daripada kerajaan pusat dan seterusnya diteruskan oleh warga Kota Tinggi usaha-usaha seperti pembentukan organisasi masyarakat, seminar kesedaran, latihan celik ICT, latihan penggunaan aplkasi ICT secara hand-on dan latihan keusahawanan dapat dijalankan dengna lebih berkesan dalam arus perdana, proses pembangunan Negara bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan 1Malaysia

> PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET ADALAH PERCUMA
kotatinggi.bdd.org.my
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi : Bahagian Teknologi Maklumat MDKT di 07 883 1004
PUSAT KOMUNITI BDD KOTA TINGGI
Pusat Komuniti BDD Komuniti Kota Tinggi beroperasi sepenuhnya bermula pada 1 Mac 2013.
 
Objektif :-
  1. Merapatkan jurang digital antara kumpulan miskin bandar dengan kumpulan berkemampuan di bandar.
  2. Menjadikan kumpulan miskin bandar celik ICT agar dapat memanfaatkan segala peluang digital yang ada.
  3. Memberi peluang yang sama rata kepada kumpulan kurang berada dalam masyarakat untuk mengakses dan menggunakan maklumat dan pengetahuan melalui ICT untuk mencipta nilai.
  4. Meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan kualiti hidup kumpulan miskin bandar melalui inisiatif - inisiatif ICT.
  5. Meningkatkan penglibatan kumpulan miskin bandar ke dalam arus perdana proses pembangunan negara bagi merealisasikan wawasan 2020.
Alamat Lokasi :-
Pusat Komuniti BDD Kota Tinggi,
Majlis Daerah Kota Tinggi,
Jalan Padang,
81900 Kota Tinggi,
Johor.
 
Waktu Operasi :-
Hari Masa
Isnin - Khamis  10.00 - 1.00 tengah hari
 2.00 - 5.00 petang
Jumaat  10.00 - 12.15 tengah hari
 2.45 - 5.00 petang
Sabtu  10.00 - 1.00 tengah hari
 2.00 - 5.00 petang
 
Bayaran Yang Dikenakan :-
  • Tiada sebarang bayaran dikenakan.
  • Hanya perlu menjadi ahli secara percuma.