MENU

APA ITU CUKAI HARTA

Cukai harta adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi seperti:-

- Rumah kediaman ( rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah teres, banglo, rumah kedai dan lain-lain).
- Harta perniagaan perusahaan ( kedai, kilang, stesyen minyak, gudang, hotel, pawagam, bengkel, bangunan pejabat dan lain-lain).
- Tanah kosong.

MENGAPAKAH CUKAI HARTA DIKENAKAN?

Cukai harta dikenakan bagi membiayai:-

- Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi, pasar dan lain-lain.
- Pembersihan kawasan perumahan/perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam.
- Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit dan longkang.
- Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan.
- Pembangunan kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi.

BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN?

Cukai harta dikenakan dua kali setahun. Bayaran dituntut bagi:-

- Tuntutan bagi setengah tahun pertama (1 Januari - 30 Jun).
- Tuntutan bagi setengah tahun kedua (1 Julai - 31 Disember).

 

Kadar Cukai Harta 

Kadar Bayaran Cukai Harta Yang Akan Dikenakan dan Dikuatkuasakan oleh MDKT

Kod Kegunaan Kadar Cukai Harta
1 Perumahan 0.14%
2 Perumahan Kos Rendah 0.13%
3 Perumahan Rizab Melayu 0.08 %
4 Perdagangan 0.25 %
5 Perindustrian 0.40 %
6 Pertanian 0.10 %
7 Kampung Tradisional 0.05 %
8 Harta Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Negeri/ Badan Berkanun  
  i.   Perumahan 0.14 %
  ii.  Perdagangan 0.25 %
  iii. Perindustrian   0.40 %

 

Maklumat Cukai Harta

Pemberitahuan Cukai Harta

  1. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek. Bagi pembayaran melalui cek, hendaklah dipalang dan dibayar atas nama YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI. Sila tulis no akaun, no. telefon dan nama tuan / puan di belakang cek.
  2. Hanya resit asal yang bercetak dengan mesin atau yang dikeluarkan oleh pusat kutipan setempat sahaja akan diterima sebagai bukti bayaran. Orang perseorangan tidak dibenarkan menerima bayaran.
  3. Sekiranya resit rasmi tidak diterima dalam tempoh 14 hari selepas pembayaran melalui pos, sila hubungi Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Kota Tinggi
  4. Bil cukai harta hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari bagi penggal 1 dan 31 Ogos bagi penggal 2 pada tahun berkenaan. Kelewatan menjelaskan bayaran cukai harta dalam tempoh yang telah ditetapkan akan dikenakan denda lewat.
  5. Adalah menjadi tanggungjawab tuan / puan untuk memaklumkan kepada Pihak Majlis Daerah Kota Tinggi sekiranya harta tuan / puan telah dipindahmilik kepada pemilik yang baru. Kegagalan tuan / puan berbuat demikian, mengakibatkan tuan / puan akan didenda RM2,000.00 mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
  6. Simpan resit bayaran dengan baik untuk tujuan semakan di masa hadapan jika perlu.
  7. Sebarang kemusykilan mengenai cukai harta, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Kota Tinggi.
  8. Kadar Fi untuk notis adalah RM 5.00.

    Bayaran-bayaran lain

    Jenis Jumlah
    Proses pindah milik RM 50.00
    Carian maklumat RM 20.00
    Salinan semula bil RM 1.00
  9. Segala surat-menyurat hendaklah dialamatkan kepada:

Yang Di Pertua
Majlis Daerah Kota Tinggi
Jalan Padang,
81900 Kota Tinggi, Johor

 

 

Pindah Milik Harta

PERMOHONAN PINDAH MILIK HARTA

  • Lengkapkan BORANG NOTIS JUALAN/PINDAHMILIK (BORANG I). Borang boleh didapati di Pejabat MDKT pada waktu pejabat atau muat turun dari Portal Majlis Daerah Kota Tinggi.
  • Permohonan perlulah disertakan dokumen-dokumen berikut
    1. 1 salinan Resit Cukai Harta terkini yang telah dibayar,
    2. 1 salinan Geran/Surat Hakmilik Sementara dengan nama pemilik terkini.  Jika tiada, sila  sertakan Hakmilik Sementara pemilik asal,   Borang 14A berserta salinan Resit Perserahan Pejabat Tanah, atau;
    3. Jika harta STRATA (Rumah Pangsa /Kondominium), 1 salinan Surat Hakmilik Strata atau 1 salinan Perjanjian Jualbeli,
    4. 1 salinan Kad Pengenalan (K/P) bagi setiap pemilik atau Borang 9/13 bagi syarikat,
    5. Bayaran pendaftaran RM50.00 untuk satu transaksi pindahmilik. Bayaran menggunakan cek / wang pos hendaklah dibuat atas nama

‘Majlis Daerah Kota Tinggi'

  • BORANG I yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat MDKT atau diposkan ke alamat seperti di bawah :
     

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG,
81900 KOTA TINGGI
JOHOR
07-8831004
www.mdkt.gov.my

<<< Muat turun Risalah Borang I >>>

<<< Muat turun Risalah Borang J >>>

Perhatian : ANDA BOLEH DIDENDA TIDAK LEBIH DARIPADA RM2,000 ATAU PENJARA TIDAK LEBIH 6 BULAN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI JIKA TIDAK ATAU GAGAL MENDAFTAR NOTIS JUALAN/PINDAHMILIK HARTA ANDA DI BAWAH SEKSYEN 160, AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)