MENU

Khamis, 15 Februari 2024 : Satu lawatan kerja diketuai oleh YBrs. Puan Wan Saadiah Binti Mohamed Muhibuddin, Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Cukai Dalam Negeri Ibu Pejabat bersama delegasi pegawai-pegawai Kastam Johor ke Pejabat Kastam Cawangan Daerah Kota Tinggi di Kompleks UTC, Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Ampat, Kota Tinggi.

Lawatan ini disambut oleh En Muhamad Norashid Bin Amir, Setiausaha Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) bersama pegawai-pegawai MDKT.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan pengoperasian pejabat baru Kastam Cawangan Daerah Kota Tinggi yang bakal beroperasi dalam masa terdekat di bangunan ini.