SABTU,09 DISEMBER 2023 - Majlis Menandatangani Memorandum Pesefahaman (MOU) Pembangunan Bandar Kota Tinggi antara Majlis Daerah Kota Tinggi dan Universiti Teknologi Malaysia, UTM-ISI telah diadakan di Majlis Daerah Kota Tinggi. Sesi menandatangani memorandum telah disempurnakan oleh
En Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi dan Prof Datuk Ir Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi. Turut hadir bersama-sama Tuan Haji Nasarudin bin Haji Ahmad, Ketua Whip, Majlis Daerah Kota Tinggi, barisan Ahli-ahli Majlis, Pegawai dan Ketua-ketua Jabatan MDKT serta delegasi dari pihak UTM-ISI.
Kota Tinggi merupakan antara agensi pertama yang bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia, UTM-ISI dalam melaksanakan penyelidikan bagi Pelan Induk Pembangunan Rejuvanasi Bandar Kota Tinggi. Antara fokus utama Pelan Induk Pembangunan Rejuvenasi ini adalah rekabentuk imej konsep, rekabentuk bandar dan landskap, perancangan rekabentuk jaringan perhubungan dan perancangan pengurusan aset bagi pembangunan mampan.
Semoga Pelan Induk Pembangunan Rejuvenasi Kota Tinggi ini dapat membantu Pembangunan Mampan di Kota Tinggi sekaligus dapat meningkatkan pembangunan serta mutu pelancongan di daerah Kota Tinggi.