MENU

25 Februari 2024, Ahad| Jabatan Penguatkuasaan MDKT telah menjalankan operasi kawalan haiwan ternakan merayau dan berkeliaran di sekitar Tanjung Sedili. Tangkapan seekor lembu merayau di atas jalan raya utama kawasan Tanjung Sedili telah dijalankan. Operasi Tangkapan Haiwan Rayau & Berkeliaran ini akan dijalankan secara berkala bagi mengelakkan gangguan keselamatan terhadap pengguna jalan raya.

Tindakan ini selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau-Rayau Majlis Daerah Kota Tinggi 1983 bagi menyelesaikan aduan yang diterima dan mengelakkan kacau ganggu secara tidak langsung meningkatkan keselamatan kepada masyarakat khususnya pengguna jalanraya.

Para penternak dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab dan memastikan haiwan ternakan tidak menyebabkan gangguan kepada orang awam.