MENU
Image resize threshold of 10 remote images has been reached. Please use fewer remote images.

Isnin, 19 Februari 2024 | Operasi bersepadu kenderaan berat telah dijalankan di kawasan Taman Perumahan Taman Sri Saujana Kota Tinggi.

Operasi bersepadu tersebut telah dijalankan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Semasa pemeriksaan dijalankan didapati kebanyakan pemandu dan pemilik kenderaan berat masih melanggar peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dengan memakir kenderaan berat di bahu-bahu jalan, rezab jalan serta di dalam kawasan taman perumahan sehingga mengundang bahaya kepada orang awam dan penduduk setempat. Tiada kenderaan bermotor selain dari kepunyaan kerajaan atau badan-badan berkanun, yang mempunyai berat muatan lebih daripada dua tan boleh memasuki suatu taman tanpa kebenaran Yang Dipertua.

Sebanyak lebih 30 kompaun telah dikeluarkan termasuk kesalahan kemungkiran mematuhi notis atau perintah, Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di mana nilai kompaun boleh dikenakan sehingga tidak lebih daripada Satu Ribu Ringgit (RM1000.00) serta atas kesalahan-kesalahan lain berkaitan yang dikuatkuasakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).