Majlis Daerah Kota Tinggi telah melancarkan program Infaq Ramadan "Bakul Qaseh" dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Taman Sri Saujana bertempat di Bazar Ramadan Taman Sri Saujana bermula 7 - 31 Mac. 2025.
En Muhamad Norashid Bin Amir, Setiausaha Majlis Daerah Kota Tinggi, Pn Faridah Binti Hussin selaku Ahli Majlis Zon 2 Tmn Sri Saujana dan En Shah Jahan Bin Muhammad, Ketua Jabatan Kesihatan Dan Pelesenan Majlis Daerah Kota Tinggi Turut hadir dlm program tersebut.
Penduduk Kota Tinggi dan pengunjung Bazar Ramadan Taman Sri Saujana di jemput bersama- sama dalam program ini. Bagi yang ingin menyumbang makanan dan minuman, boleh membuat serahan di Khemah "Bakul Qaseh", Sumbangan Tuan Puan akan disalurkan kepada Masjid Taman Sri Saujana. Kaunter kutipan Zakat Fitrah Juga disediakan bagi memudahkan pengunjung melaksanakan rukun Islam Rukun Islam Yang Ke4.
Pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan di Taman Sri Saujana digalakan untuk bersama-sama menyokong "kempen penjimatan makanan elak pembaziran"
"Kempen hindari plastik sekali guna" dan "Kempen Bazar Ramadan Lestari"