MENU

Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah menganjurkan program komuniti Local Agenda 21 (LA 21) dan Johor Bersih di Zon 4, Taman Medan Jaya, Kota Tinggi yang turut menjayakan aktiviti gotong-royong sekitar taman perumahan.

Turut hadir YB Rashidah binti Ismail, ADUN Pasir Raja, Encik Muhamad Norashid bin Amir, Setiausaha, MDKT dan Puan Tan Fei Sze, Ahli Majlis Zon 4, MDKT. Program tersebut mendapat kerjasama dari agensi Kerajaan, pihak swasta, pihak SWCorp Kota Tinggi dan penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antara YB ADUN Pasir Raja bersama komuniti antaranya aktiviti penanaman pokok, serahan peralatan pertanian, mengecat balai raya, pertandingan kutipan sampah terbanyak dan jentik-jentik terbanyak. Turut diadakan aktiviti plogging di sekitar kawasan Taman Medan Jaya dan cantasan pokok.

Intipati dan konsep program LA 21 ini merupakan anjakan ke arah pembangunan mampan yang turut menyasarkan penyelesaian masalah khususnya dalam sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar setempat sekaligus menjayakan aktiviti Johor Bersih yang ditekankan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam memastikan aspek kebersihan di seberapa banyak lokasi di setiap daerah di negeri Johor.