MENU

Ahad, 18 Februari 2024: Program Local Agenda 21 dan Johor Bersih Peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi telah diadakan bertempat di Gelanggang Futsal, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi. Program ini telah mendapat sambutan dan sokongan meriah daripda penduduk setempat dan juga kehadiran daripada pelbagai agensi, Jabatan Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri.

Program ini juga turut disempurnakan oleh Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua MDKT serta dihadiri oleh Tuan Hj Ali bin Piee, Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan MDKT.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan jentik-jentik dan pertandingan kutipan sampah terbanyak. Turut dijalankan aktiviti gotong-royong dan cantasan pokok di kawasan perumahan sekitar Taman Pasak Indah.

Program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bersama komuniti setempat bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara agensi, jabatan dan komuniti setempat.