14 JULAI 2024, AHAD: Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua MDKT turun padang di kawasan Legaran Tanah Putih, Sedili bagi menjayakan pembersihan kawasan tersebut bersama-sama warga kerja MDKT dan komuniti setempat. Aktiviti gotong-royong dan pembersihan telah berjaya dijalankan dengan kerjasama warga PDRM, Pejabat Polis Kuala Sedili, En Hashim bin Muhammad, Ketua Whip, MDKT dan En Ali Bhattor bin Ahmad Ramlee, Ketua Kampung Sedili, Kota Tinggi.
Pihak kami mengharapkan kerjasama warga sekitar untuk memelihara kebersihan persekitaran serta mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak melakukan perbuatan vandalisme dan membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan.