MENU

OSC Online

PENGENALAN

OSC Online adalah sebuah sistem elektronik untuk membuat penyerahan pemohonan dan memproses permohonan untuk kawalan pemajuan. Ianya juga merupakan suatu platform elektronik untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi secara dua hala untuk maklumat-maklumat berkenaan dengan kawalan pemajuan.

PENYERTAAN

Pengguna-pengguna OSC Online adalah :

1.    Pemohon termasuklah, Perancang Bandar Bertauliah, Arkitek Bertauliah, Jurutera Bertauliah, Juruukur Bertauliah, dan Pelukis Pelan Bangunan.
2.    Urusetia OSC di PBT.
3.    Agensi Teknikal Dalaman di PBT termasuk Jabatan Perancangan Pembangunan Dan Landskap, Jabatan Kejuruteraan.
4.    Agensi Teknikal Luaran termasuk, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Air Negeri, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Indah Water Consortium, Jabatan- Jabatan Lain (Mengikut Keperluan PBT)
5.    Pentadbir sistem iaitu Jabatan ICT di PBT
6.    Orang Awam

TUJUAN

Sistem OSC Online ini membolehkan pengguna Sistem OSC Online untuk melaksanakan tugas dalam bentuk elektronik dan dalam talian (online) seperti perigkat-peringkat yang dinyatakan dibawah :-

1. Penyerahan permohonan,
2. Memproses Permohonan,
3. Ulasan untuk Permohonan,
4. Penyediaan Kertas Kerja untuk Mesyuarat OSC, dan
5. Menyelaras Mesyuarat OSC

2 modul utama adalah e-penyerahan di mana pemohon perlu mendaftar, muatnaik dan serah permohonan dan e-pemprosesan di mana agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran memproses permohonan.

Terdapat 8 submodul OSC Online iaitu :
1.    e-permohonan - Pemohon kemukakan mana-mana permohonan dari 32 jenis permohonan yang disenaraikan.
2.    e-permintaan perkhidmatan - Pemohon kemukakan permohonan yang selain daripada 32 jenis permohan yang telah disenaraikan.
3.    e-rujukan - Menyenaraikan keperluan-keperluan lain berkaitan pembangunan di sesuatu PBT selain daripada keperluan seragam yang disenaraikan.
4.    e-tanya - Pre-consultation secara online.
5.    e-aduan - Membuat aduan terhadap proses dan prosedur OSC Online yang berkaitan dengan permohonan.
6.    e-panduan - Maklumat Geographic Information Systems (GIS) bagi PBT Berkaitan
7.    e-bayaran - Pengemukaan bukti bayaran berkaitan kawalan pembangunan.
8.    e-kad laporan - Menilai dan menaraf prestasi perkhidmatan-perkhidmatan OSC Online.

<<< Sistem OSC Online MDKT >>>

<<< Muat turun manual pengguna OSC Online >>>