MENU

Kesalahan Meletak Kenderaan

Senarai Kesalahan Tempat Meletak Kereta

(1) Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau Syarikat Pengendali semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon.

(2) Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempoh yang dibenarkan.

(3) Mempamerkan kupon letak kereta di dalam keadaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenal pasti atau dilihat oleh Pembantu Penguat kuasa (Tempat Letak Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan.

(4) Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul.

(5) Meletakkan kenderaan bermotor di luar dari petak letak kereta di tempat letak kereta.

(6) Menghalang petak letak kereta.

(7) Kenderaan Bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalulintas.

(8) Berniaga di tempat letak kereta.

(9) Meletak kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba.

(10) Meletak kenderaan bermotor di kawasan kaki lima / siar kaki.

(11) Meletak kenderaan bermotor di tempat letak kereta bermusim tanpa pas bermusim yang sah.

(12) Meletakkan kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan itu.

(13) Mempamerkan kupon yang tidak sah semasa meletak kenderaan bermotor di petak letak kereta di tempat letak kereta.

(14) Lain-lain kesalahan yang dinyatakan.
 

Cara Membuat Bayaran / Rayuan Kompaun
 

Datang sendiri

(1) Pengguna letak kereta datang sendiri ke pejabat dan terus berjumpa dengan Pegawai di Jabatan Penguatkuasaan (Bahagian Letak Kereta) / Kaunter Letak Kereta pada waktu pejabat.

(2) Nyatakan kenapa pengurangan perlu diberikan.

 

Secara pos

(1) Tuliskan di belakang kompaun letak kereta Nama, Alamat dan lain-lain butir dengan lengkap dan jelas.

(2) Sertakan wang pos, kiriman wang, perintah bank atau draf bank atau cek kepada “Yang Dipertua, Majlis Daerah Kota Tinggi”.

(3) Pos kompaun bersama bayaran kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Kota Tinggi, Jalan Padang, 81900 Kota Tinggi, Johor.

(4) Setiap pembayaran yang diterima akan diberikan resit pembayaran dan akan dikirim kembali menerusi alamat yang diberikan.

(5) Majlis tidak akan bertanggungjawab jika resit tidak dapat dihantar melalui alamat yang diberikan.